21 May 2013

Artis: Tiq Zaqyah Akui Selalu Clubbing + Gambar

Assalamualaikum & salam sejahtera
Artikel mengenai Tiz Zaqyah serta gambar ini adalah daripada limauais.com

Aktres putih gebu, Tiz Zaqyah tidak mahu bersikap hipokrit kepada diri sendiri dan juga kepada peminat-peminatnya. Kerana itu dia tidak lokek untuk berkongsi tentang perihal dirinya yang gemar bersosial bersama kekasih dan teman-teman di kelab malam.

Tiz juga tidak mahu menafikan dirinya gemar bersosial kerana dia tahu perbuatannya itu tidak boleh disorok dan sebab itu dia secara terang memuat naik gambar-gambarnya di kelab. Pun begitu, heroin ini menyeru agar tidak ada yang mengikuti perbuatan negatifnya yang gemar bersosial. Sebaliknya, ujar Tiz, ambil sahaja perkara positif daripada dirinya.

Ujarnya, dia bukan idola, tetapi hanya seorang pelakon yang sekali-sekala ingin menjalani kehidupan biasa iaitu berhibur bersama kekasih dan teman-teman.

Ayat itu terpaksa juga diluah daripada bibir Tiz selepas dia mendapat banyak reaksi kurang senang daripada pengikut laman sosial Instagram miliknya yang melihat gambar-gambarnya bersosial di kelab bersama kekasih dan teman-temannya termasuk beberapa teman artis seperti pelakon Faradhiya dan Ramona Zam Zam.

Luah Tiz lagi, jika ada peminat yang tidak boleh terima hakikat dirinya begitu (suka bersosial), tandanya mereka itu bukan peminat sebenarnya.

“Mereka tidak boleh kawal saya. Saya bukan idola yang perlu mereka contohi. Saya cuma pelakon. Peminat boleh tolak sikap negatif saya dan ambil sahaja sikap positif saya,” katanya.

Tiz juga berharap jangan ada pihak menjatuhkan hukuman kepadanya dengan mengatakan dia liar atau jahat apabila gambar-gambar dirinya bersosial di kelab malam dimuat naik di Instagram, kerana dia tahu setiap perbuatannya juga ada batasan.

“Gambar itu (gambar di kelab) hanya menunjukkan 10 peratus kehidupan saya. 90 peratus lagi peminat tidak tahu mengenai saya. Saya percaya, peminat hari ini banyak yang berfikiran terbuka. Mereka mengenali saya sebagai pelakon dan menyukai bakat saya. Mereka bijak membuat penilaian. Saya tidak mahu bersikap hipokrit jadi terimalah saya seadanya,” jelasnya lagi.
Ramai lagi artis-artis tempatan mahupun 'retis-retis' seperti *tutttt*, *tuttt* & *tuttt* luangkan masa lapang malam mereka di kelab malam. Daxx ada beberapa kali explore timeline & gambar twitter serta instagram mereka. Memang banyak gambar-gambar bersosial tahap orang putih gitu.

Sudah ramai yang nasihati mereka tapi diri ini tak boleh berubah kalau bukan pada diri sendiri. Agaknya dari kecil lagi mereka sudah dididik sebegitu ataupun terpengaruh dengan persekitaran. 


Bak kata pepatah, "Melentur buluh biar dari rebungnya"
Tiz Zaqyah Razak Bersosial tiz zaqyah mengaku berclubbing sebahagian hidupnya
Tiz Zaqyah Bersosial Ramona tiz zaqyah mengaku berclubbing sebahagian hidupnya
Tiz Zaqyah Bersosial Kelab Malam tiz zaqyah mengaku berclubbing sebahagian hidupnya
newer posts daxxstories older posts daxxstories
home daxxstories png

0 comments:

Post a Comment

Apa kata korang?



Referral Banners