25 March 2013

MRSM Tun Ghafar Baba MRSM Terbaik SPM 2012

KUALA LUMPUR – Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Ghafar Baba di Jasin, Melaka mencatat keputusan terbaik antara MRSM di seluruh negara pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012.

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Ibrahim Ahmad berkata, seramai 435 pelajar MRSM Tun Ghafar Baba mendapat Gred Purata Maktab (GPM) 1.0391 manakala enam MRSM lain turut mencatat pencapaian cemerlang.

“Seramai 391 pelajar MRSM Taiping mencatat GPM 1.0097, Langkawi 146 pelajar memperoleh GPM 1.1971, Pontian 133 pelajar memperoleh GPM 1.2245, Pengkalan Chepa 354 pelajar memperoleh GPM 1.3870, Kuantan 136 pelajar memperoleh GPM 1.5745 dan Tun Abdul Razak 121 pelajar memperoleh GPM 1.6171.

“Secara keseluruhannya kesemua 42 MRSM berjaya mengekalkan prestasi cemerlang dengan pencapaian pelajar seramai 7,299 orang yang menduduki peperiksaan tersebut di seluruh negara mencapai 100 peratus lulus,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Ibrahim berkata, kesemua 7,299 orang pelajar MRSM yang menduduki SPM 2012 terbabit layak meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Kata beliau, pencapaian yang membanggakan itu juga membuktikan bahawa tiada pelajar MRSM keciciran selepas menduduki SPM hasil daripada sistem pendidikan yang dilaksanaan MRSM.

Justeru, katanya, MARA bertekad terus menjadi peneraju dalam melahirkan modal insan yang global dan berintegriti, mempunyai minda kelas pertama dan seterusnya menyumbang kepakaran demi mengangkat martabat bangsa dan kecemerlangan negara.

Tambah beliau, MARA akan terus melahirkan dan membangunkan modal insan yang bukan hanya cemerlang dari sudut akademik malah penguasaan dalam pelbagai bidang kemahiran.

Laporan asal Mynewshub
newer posts daxxstories older posts daxxstories
home daxxstories png

0 comments:

Post a Comment

Apa kata korang?



Referral Banners