20 December 2013

3 comments
Posted in , ,

9 Petua Awet Muda Mengikut Cara Islam

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

9 Petua Awet Muda Mengikut Cara Islam
Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9 : Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan. - FB
read more next
No comments
Posted in , , ,

Cabaran Perlumbaan Antara Usain Bolt Dengan Bas Di China

Cabaran Perlumbaan Antara Usain Bolt Dengan Bas Di China
Bolt selepas berlumba dengan sebuah bas di Buenos Aires, Argentina. Sabtu lalu. 

Beijing:
Seorang wanita China menerima cabaran pelari Olimpik, Usain Bolt, untuk ‘berlumba’ dengannya menggunakan bas. Wanita itu berkata dia yakin mampu mengalahkan Bolt dalam perlumbaan sejauh 300 meter dengan dia memandu bas manakala Bolt berlari.

“Adakah pemandu bas China yang sanggup berlumba dengan saya?” cabar Bolt di akaun Weibo miliknya sejurus mengalahkan pemandu bas di Buenos Aires bagi perlumbaan sejauh 80 meter, Ahad lalu. 

Ribuan orang menjawab pos itu, namun Wang Yang pemandu bas awam dengan pengalaman 15 tahun menjadi orang pertama menyahut cabaran berkenaan.

Menurutnya, cabaran itu lebih sukar jika jaraknya sekadar 100 meter disebabkan bas mengambil masa lebih lama untuk meningkatkan kelajuan. Bagaimanapun, dia yakin mampu mengalahkan Bolt dalam perlumbaan 300 meter. Bolt belum memberikan sebarang jawapan. - Agensi
read more next
No comments
Posted in , ,

Pertandingan Short Video Berjumlah RM10,000

Pertandingan: Short Video Berjumlah RM10,000 drama festival kl


Pertandingan Short Video Berjumlah RM10,000 | Dengan menghasilkan drama pendek yang berdurasi 5 minit dan ditawarkan wang tunai sebanyak RM10 ribu, kami yakin anda pun mahu menyertai pertandingan ini, kan?

Bukan itu saja, apa yang menariknya, hasil kerja terbaik anda melalui pertandingan ini akan disiarkan di kaca televisyen setelah dinobatkan sebagai juara.

Kalau nak tahu, pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur yang mengisahkan tentang realiti masyarakat di Malaysia telahpun bermula pada 1 November sehingga 30 Disember 2013.


Pertandingan: Short Video Berjumlah RM10,000 drama festival kl

Juara akan bawa pulang RM10,000

Acara yang julung kali diadakan ini bakal diserikan dengan drama-drama pendek yang bertemakan kehidupan, percintaan dan komedi daripada pengkarya baru.

Menariknya, para peserta yang memenangi naib juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5000 manakala tempat ketiga pula bakal memperolehi RM3000.

Para peserta haruslah menghantar drama pendek ini melalui laman sesawang Veedo.

Pertandingan: Short Video Berjumlah RM10,000 drama festival kl

Senarai bengkel dua hari bersama karyawan hebat

Dalam masa yang sama, rangkaian stesen televisyen ini juga telah menganjurkan sebuah bengkel drama yang bertempat di Berjaya Times Square Convention Centre bermula 20 Februari hingga 21 Februari tahun hadapan.

Menerusi bengkel drama selama dua hari ini, para peserta juga berpeluang mempelajari sesuatu yang baharu melalui pengalaman karyawan-karyawan hebat tanah air.

Lebih menarik, bengkel ini akan dikendalikan oleh nama-nama hebat antaranya Rosyam Nor, Fatima Abu Bakar, Ahmad Idham, Fauziah Nawi dan Erima Fatima.

Sebagai tambahan, bayaran yuran pendaftaran akan dikenakan sebanyak RM100 sehari manakala yuran belajar sebanyak RM60 sehari kepada peserta yang ingin menyertai bengkel ini.

Apa tunggu lagi, jom sertai bengkel drama dan bertemu dengan nama-nama hebat ini!
read more next

11 December 2013

1 comment
Posted in , , ,

Lelaki Mengandungkan Kembarnya Sejak Lahir

Lelaki Mengandungkan Kembarnya Sejak Lahir
Lelaki Mengandungkan Kembarnya Sejak Lahir | Seorang lelaki dari India bernama Sanju Bhagath, 36 tahun mempunyai keadaan perut yang tidak wajar, yakni membengkak seperti sedang hamil 9 bulan. Bhagat yang tinggal di Nagpur, India ini sering merasa sesak nafas kerana keadaannya itu.

Sehingga akhirnya pada suatu malam di Jun 1999, Bhagath menjalani pembedahan di hospital. Isi perut Bhagath yang pada awalnya dijangkakan tumor ganas, sebenarnya merupakan sesuatu yang tak diduga sama sekali.

Ketika dibedah, doktor menemui beberapa bahagian tubuh manusia di bahagian dalam perut Bhagath. Bahagian-bahagian tubuh tersebut adalah milik saudara kembar Bhagath yang terperangkap di dalam perutnya sejak lahir.

Doktor menyatakan, Bhagath mengalami keadaan perubatan teraneh di dunia, yaitu janin di dalam janin lain. Sangat jarang berlaku bahawa sebuah janin boleh berada di dalam janin kembarnya sendiri. Menariknya, janin ini mampu bertahan hidup sebagai parasit dan menyerap darah dan makanan dari tubuh Bhagath, hingga dia bertambah besar dan mula menyakiti tubuh Bhagath. - Fuh
read more next
No comments
Posted in , ,

Pinggan Warna Merah Efek Mengurangkan Selera Makan

Pinggan Warna Merah Efek Mengurangkan Selera Makan
Pinggan Warna Merah Efek Mengurangkan Selera Makan | Satu kajian mendapati makan menggunakan pinggan berwarna merah akan membantu mengurangkan jumlah makanan yang dimakan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh ahli akademik Jerman dan Switzerland, hidangan yang disaji menggunakan pinggan atau cawan berwarna merah dapat membantu mengurangkan pemakanan atau minum seseorang sebanyak 40 peratus.

Saintis mendakwa warna merah mungkin menggalakkan mereka kurang makan kerana ia sering dikaitkan dengan keadaan bahaya, berhenti dan larangan.

“Ini bermakna kerajaan dan industri makanan boleh menggunakan warna merah dalam pembungkusan makanan tidak berkhasiat untuk membendung pemakanannya,” kata mereka.

Dalam kajian tersebut, 41 pelajar lelaki diminta minum teh daripada cawan dilabel dengan warna merah atau biru. Mereka didapati kurang minum sebanyak 44 peratus dari cawan berlabel merah. Dalam bahagian kedua kajian tersebut, 109 orang dihidangkan roti pretzel menggunakan pinggan berwarna merah, biru atau putih.

Mereka yang mendapat pinggan berwarna merah hanya makan dikit berbanding yang lain. Hasil kajian itu disiarkan dalam jurnal Appetite. Ursula Arens oleh Persatuan Diet Britain. - Sumber
read more next

07 December 2013

No comments
Posted in , ,

20 Tahun Tinggal Bawah Tanah

Quan Youzhi tanah china beijing
20 Tahun Tinggal Bawah Tanah | BEIJING – Seorang wanita, Quan Youzhi yang berusia 66 tahun tinggal di dalam lubang bawah tanah di sini selama 20 tahun.

Youzhi tinggal di dalam lubang tersebut yang asalnya berfungsi sebagai sistem penyaluran udara panas di bandar raya ini. Wanita tersebut tidak mampu membayar sewa rumah sejak dia datang ke bandar raya ini. Justeru, Youzhi mencari lubang yang sesuai untuk dijadikan tempat tinggal.

Dia menyara kehidupannya dengan mengutip botol-botol terbuang untuk dijual dengan memperoleh pendapatan sebanyak 10 yuan (RM5.31) sehari. Namun, para pekerja penguat kuasa di bandar raya ini menutup lubang yang didiami penduduk tidak berumah itu dengan simen bagi mengelak ia dijadikan tempat tinggal.

Youzhi akan mencari tempat tinggal lain apabila anggota-anggota penguat kuasa itu mengusirnya keluar.
Menurut laporan media, terdapat lima lubang bawah tanah di situ yang dijadikan tempat tinggal oleh orang yang tidak berumah.
read more next
older posts daxxstories
home daxxstories png


Referral Banners